2018年1月14日星期日

Pencemaran Udara

Pencemaran Udara ialah penambahan bahan pencemar ke dalam udara yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap hidupan dan alam sekitar. 

Bahan pencemar udara ialah bahan dalam udara yang boleh menyebabkan kerosakan kepada hidupan dan persekitaran.


 Jenis Bahan Pencemar Udara dan Puncanya

Bahan Pencemar Udara
Punca
Asap, jelaga, habuk, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, plumbum
Ekzos kenderaan, Kilang



Habuk, jelaga, asap, zarah logam
Pembakaran terbuka, Rokok, Kebakaran hutan


Bahan radioaktif
Loji kuasa nuklear

Bahan semburan pestisid, baja kimia
Aktiviti pertanian dan perladangan
Habuk dan debu
Tapak pembinaan, Kilang asbestos, Kuari batu kapur

Klorofluorokarbon (CFC)

Alat pendingin udara, Peti sejuk, Semburan aerosol, Kilang elektronik



Langkah-langkah Mencegah dan Mengawal Pencemaran Udara
1. Melalui Undang-undang
  •     Denda kepada perokok yang merokok di kawasan larangan
  •     Denda kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka
  •     Denda kepada pemandu kenderaan yang ekzosnya mengeluarkan               asap berlebihan
  •     Tidak membenarkan kilang dibangunkan di kawasan perumahan.
2. Melalui Pendidikan

  • Pendidikan di sekolah yang menekankan pencemaran udara dan langkah-langkah pengawalannya
  • Program antimerokok
  • Galakan untuk berjalan kaki atau menunggang basikal
  • Galakan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta
    3. Melalui Sains dan Teknologi

  •      Teknologi kenderaan hibrid
  •      Teknologi peti sejuk menggunakan hidroklorofluorokarbon (HCFC)
  •      Pemasangan penapis cerobong asap di kilang
  •      Penggunaan penukar bermangkin pada kenderaan bermotor
  •      Menggantikan kaedah penggunaan pestisid dengan kaedah kawalan             biologi untuk mengawal haiwan perosak